"RAKAN COP"

salam.....
pada ari ahad yg lepas iaitu pada 10.8.2008 pihak MPP UiTM Segamat Johor telah menganjurkan program rakan cop ini dengan kerjasama piha
k polis Segamat. program ini telah belansung di dataran Segamat yg terkenal dengan daerah raja durian. aku juga antara orang yang terlibat dalam menjayakan progran nie. start dalam kul 8 dan berakhir lebih kurang dalam kul 1. macam aktiviti2 yang dijalankan bg memperkenalkan pekan cop ini kepada umum. kebanyakan mereka tidak begitu tahu mengenai sistem rakan cop nie. so kat bawah nie de pic cket2 n penerangan yg lebih lanjut pasal rakan cop.layaaannnn........






Hari demi hari, kita digemparkan dengan pelbagai berita mengenai kegiatan jenayah yang berlaku dalam negara kita. Sehubungan dengan itu, Polis Diraja Malaysia telah melancarkan “RAKAN COP” untuk memerangi jenayah. RAKAN COP adalah medium perantara untuk merapatkan jurang antara polis dan masyarakat. Ia mengambil konsep yang mudah dan praktikal untuk merealisasikan ikatan hubungan kukuh dengan orang ramai melalui pendekatan yang jelas, mudah, bersepadu dan tersusun. Majlis pelancaran RAKAN COP telah diadakan di Kompleks Membeli Belah Alamanda Putrajaya dan dirasmikan oleh Y.B. Tan Sri Hj. Mohd Isa Bin Dato’ Hj. Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan pada 26 Februari 2005. Manakala majlis pelancaran RAKAN COP Negeri Sabah telah dirasmikan oleh Y.A.B. Datuk Seri Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah, bertempat di Sutera Harbour Resort pada 23 Januari 2006.

DEFINISI RAKAN COP

• Diilhamkan atas kesedaran bahawa pihak polis adalah elemen pelengkap

kepada sesebuah masyarakat yang mudah dan aman.

• RAKAN COP bererti rakan polis. “COP” adalah singkatan dari perkataan

“Copper” yang diberikan kepada anggota Polis.

• Rasionalnya polis bertanggungjawab untuk mengawasi urus tadbir serta

perilaku setiap ahli masyarakat agar tidak melepasi batasan masing-

masing. Lumrah dari ini, jurang kemesraan yang terbentuk semakin

memisahkan hubungan rapat di antara pihak polis dan orang ramai.

• RAKAN COP merupakan medium perantara yang paling sesuai mengikut

trend masa kini untuk merapatkan jurang pemisah yang terbentuk ini.


TUJUAN RAKAN COP DITUBUHKAN

· Membantu dalam memerangi jenayah.

· Meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap Polis serta meningkatkan imej pasukan.

· Mengubah persepsi orang ramai terhadap Polis.

· Mewujudkan Perasaan tanggungjawab bersama (shared responsibility) dalam menangani masalah jenayah.

· Menjadikan RAKAN COP landasan formal perhubungan Polis dengan masyarakat.


KONSEP RAKAN COP

• RAKAN COP sebagai medium perantara untuk merapatkan jurang antara

Polis dan masyarakat melalui pendekatan yang lebih jelas, lebih mudah,

bersepadu dan tersusun.

• Program RAKAN COP bersifat ‘Community Oriented Policy’ dan juga ‘Smart

Partnership’.

• Pendekatan dengan menggalakkan pembabitan Pertubuhan Masyarakat,

Agensi Kerajaan/Swasta, NGO dan individu supaya menjadi ‘MATA DAN

TELINGA’ Polis dengan menggalakkan perhubungan interaktif melalui

saluran yang ditetapkan.

• Jaringan interaksi dipermudahkan melalui:

ü Hotline

ü Sistem Maklumat Ringkas (SMS)

ü E-mel

• Pertubuhan Masyarakat dan Agensi di bawah naungan RAKAN COP

digalakkan dengan mewujudkan PUSAT SEHENTI (One Stop Centre) bagi

memudahkan penyaluran maklumat dua hala dengan Pusat Kawalan

Kontijen (CCC).

• Stesen Media, Radio Malaysia Sabah dijadikan medium perantara untuk

menghebahkan maklumat kepada orang ramai.

• Perseorangan digalakkan menjadi ahli RAKAN COP untuk menyalurkan

maklumat dan berinteraksi dengan Polis.


IMPAK POSITIF PERLAKSANAAN PROGRAM RAKAN COP:

1. Memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat dalam pelbagai sudut keselamatan seperti mencegah jenayah dan keselamatan jalanraya.

2. Mengeratkan hubungan mesra antara Polis dan masyarakat. Ini sekali gus akan meningkatkan keyakinan masyarakat kepada PDRM.


Memberi maklumat tepat untuk manfaat masyarakat.

KUMPULAN SASAR

1. Individu

2. Organisasi

3. Media Massa

4. Pemandu Teksi / “Operator Tow-Truck”

5. Persatuan-persatuan Penduduk

6. Syarikat-syarikat

7. NGO’s

8. Persatuan Hotel-hotel

9. Persatuan Bank-bank dan Institusi Kewangan


KELEBIHAN RAKAN COP MELALUI SMS

v Nombor pendaftaran akan diberikan secara automatik

v Nama pengenalan akan diberikan secara automatik

v Semua maklumat penghantaran akan disimpan untuk rujukan lanjut.

v Maklumat yang diisi semasa pendaftaran akan boleh diakses oleh pihak Polis dalam Bilik Gerakan.

v Maklumat penghantaran tidak lagi perlu disertakan apabila menghantarmaklumat kepada pihak Polis pada masa hadapan. Menjimatkan masa dan ruang SMS.


TUJUAN PENDAFTARAN KEAHLIAN RAKAN COP

1. Untuk bancian keberkesanan Kempen

2. Mendapatkan maklumat ahli


CARA PENDAFTARAN

1. Pendaftaran melalui borang

2. Pendaftaran melalui SMS RAKAN COP

a. Taip POLISSABAH DAFTAR dan Hantar ke 32728

b. Pengguna akan terima penerimaan pendaftaran dengan nombor keahlian RAKAN COP.


KELEBIHAN RAKAN COP SMS Aduan PDRM

Taip POLISSABAH dan Hantar ke 32728 Semakan Saman PDRM (SMS)

  • A. Boleh digunakan oleh semua pelanggan syarikat telekomunikasi 012, 013, 016, 017, 019 dan SMS talian tetap.

  • B. Hanya 50 sen untuk satu semakan.

  • C. Hasil terperinci boleh dihantar ke e-mel.

  • D. Nombor SMS PDRM paling mudah untuk diingati DAPAT 32728. Semakan Saman PDRM (SMS)

  • E. Taip POLIS SAMAN dan Hantar ke 32728. Komunikasi RAKAN COP

Hotline

- 088 318555

SMS

- POLIS SABAH

E-mel

- cccsbh@rmp.gov.my

Website

- www.rakancop.dapat.com


Kewujudan RAKAN COP diharap dapat membantu dalam memerangi jenayah

sama ada dalam negeri dan negara khususnya. Selain itu, pihak Polis dan orang

ramai akan saling, menggembleng tenaga untuk memerangi jenayah dan apa jua

masalah keselamatan atau kesemua lapisan masyarakat adalah rakan RAKAN

COP lantas menjadi ‘MATA dan TELINGA’ pihak Polis. Oleh itu, kejayaan program

RAKAN COP sudah pasti akan mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif dan

selamat di seluruh negeri Sabah.





p/s : penat sey lepas abis program nie.......asgmt plak blambak....huhuhuhuuuu.....




0 comments: