RIMAS


(ALYA)
Lari lari lari
aku lari tinggalkan semua ini
Untuk mencari-cari cari ketenangan diri

(ADEEP)
Pergi pergi pergi
engkau pergi dari hidupku ini
Ku tak mahu mahu engkau hadir dalam diri ini

(ALYA)
Keluhan hatiku tak siapa yang tahu
Ku simpan semua sebak didada
Biarpun ku yang terluka
Pernahkah kau mengerti caraku memujukmu
Pernahkah kau hargai caraku mencintaimu

(ADEEP)
Lafasan kata dari bibir
Adakah ia dari hati
Mungkin kau tak fahami maksud yang tersembunyi
Titisan airmata dari pipi ke bumi
Pernahkah kau peduli betapa sedih diriku ini

(chorus)
Mengapa aku yang terluka
Aku yang merana
Aku yang menahan sisa baki cinta ini
Engkau yang meminta
Aku yang sengsara
Rimas rimas Aku rimas

(Cat Rap)
Tinggalku sorang kecundang
Istana jiwaku goyang
Roboh dan tumbang
Sawanku lantang
Tidak berpantang
Letupnya siang siang
Bukannya alang kepalang
Datangnya perang
Dan bawaku ke jurang
Pulanglah sayang
Janji ku tatang
Ku hapuskan dalang
Dalangnya sayang
Sayangnya hilang
Hilanglah garang
Garangku terbang melayang

Terbokangku terbang kau terhoyong-hayang
Tak pandang belakang
Terkangkang gilaku tak diundang
Ku rapuh semua tak bertiang
Janjiku kini kan bertulang

(Chorus)
Nanananananana…ohhh

(Bridge)
Lari lari aku
Lari tinggalkan
Tinggalkan semua ini
Tuk mencari
Untuk mencari ketenangan

Aku pergi tinggalkan
Tinggalkan kau sendiri
Ku pergi.. kini ku pergi
Tinggalkan mu sendiri

(Chorus) x2
Nananananana.. ohhh


lagu nie memang dah lama ade keluar kat radio dan tv kan. sejajer je sebenarny letak lagi pun aku memang suka dengan lagu nie. act lagu nie macam ade kene mengen dengan diri aku sendiri. setepek kene kat muka aku nie.huhuhu....nasib baik xde kesan kat muka aku nie tau. mybe kesan nye ditepek kat tempat lain.hahah....... bila tengok-tengok balik lirik 2, kira nya lagu nie macam ditujukan untuk aku lah dr "org' yang aku pernah wat die merana.hahaha.... mm...paham ke x? wat paham aje lah eh. al kisah ny...dulu aku pernah wat 'org' 2 sangat2 merana. bukan sekali...tp dua kali. macam mane eh aku nak luah kan. aku tak tau ape nak buat dah. tak tau nak berkongsi dengan siapa. bukan semua masalah kita beley ita kan pada sesiapa kan even bestfrenz or parents kita. mklumlah aku kan dah wat salah. mestilah nak mintak maaf kan. tp x tau lah kalu 'org' 2 dah maaf kan ke belum. selalu nya perkara yg membawa kesan yang mendalam terhadap kehidupan seseorang memang agak sukar untuk kita melupakan kan tentang perkara tersebut. lagi-lagi kalu perkara 2 dibuat oleh orang yang kita sayang sangat2. betul x...?? sekarang nie dah lebih kurang 3-4 tahun aku tidak berhubung dengan 'org' 2. setelah sekian lama ny aku dapat kembali berjumpa melalui blog dan juga friendster. dari situ baru aku memahami betul ape yang terjadi pada 'org'2. kalu nak menyesal sekarang pun dah x gune je kan. aku nak sangat contect 'org' melalui hp coz aku still simpan lagi no 'org' 2. malangnya die dah bertukar ke no baru pulak. blog ny pun dah ditutup kerana melihat privasi ny telah diganggu.alamat umah pun aku tak tau tapi aku still tahu 'org' 2 dok kat mn. tidak berapa lama aku dapat jejak kehadiran blog baru 'org' 2 yang lebih focus kan kepada bidang fotografi. maklumlah dah lama tak berhubung..perasaan takut dan malu untuk bertegur sapa kembali dengan 'org' 2 mestilah ade kan. yela aku dah wat salah dengan 'org' 2 dan aku still xtau die dah maafkan ke belum. juz nak mintak berilah aku peluang kembali. jika xnak maaf kan aku pun tak kisah lah. tp berilah aku peluang untuk berbual or berhubung kembali. aku tak mintak supaya hubungan kita seperti dl. cukup lah sekadar dapat berbicara dengan kamu. aku mungkin tidak layak untuk meminta apa-apa kembali memandangkan ape yang aku dah lakukan pada 'org' 2. ramai yang cakap 'tiada masalah yang tak dapat diselesaikan'. ntah betul ke ntah tak..ape yang aku bley buat skg hanyalah menunggu..bsabar..berusaha dan banyakan berdoa. moga doa-doa aku dimakbulkan Allah S.W.T. AMIN....


p/s : semoga Allah permudahkan segala urusan aku dan lembutkan lah hati-hati kami...


0 comments: